Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 10, 2014

Optimumkan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke 12 umat Islam berpuasa. Apa tahap kesihatan anda hari ini? Ada yang makin cergas, ada yang makin lesuuuu???? Hurm kenapa boleh jadi macam tu yer? Ha, nampaknya kita perlu semak balik amalan pemakanan kita semasa berbuka. Paling penting sebagai umat Islam kita kena audit balik diri adakah semua amalan wajib kita buat dengan sempurna? Puasa-puasa jugak yer solat 5 waktu janganlah kita tinggal pula. Alasan tertidur selepas sahur tak sempat nak subuh pagi tadi? Tepuk dada tanyalah iman anda sendiri. Sempurnakah kita berpuasa menahan lapar dan dahaga sepanjang hari tapi solat kita tak kerjakan. Memanglah puasa itu sah tapi di manakah keberkatannya? 

Bukankah dalam bulan yang mulia ini kita sepatutnya menggandakan lagi ibadah harian kita. Yang wajib perlu diutamakan dan tambahan extra untuk amalan sunat yang lain. Solat sunat tarawikh, bertadarus, hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dll yang dirasakan dapat memberi makanan pada rohani kita. Walaupun jasmani kita tak makan rohani kita perlu bagi makan ye. Berganda-ganda pahala lagi yang kita akan dapat dalam bulan ni. MasyaAllah jom lah kita rebut peluang di bulan yang penuh keberkatan ni. 

Ramai yang cakap bulan puasa adalah bulan untuk berdiet. Memang betul tapi niat kita tu haruslah betul. Jangan niat puasa sebab nak kurus. memang akan dapat kurus sahaja lah tapi keberkatan berpuasa tu macam mana pula ye? So, apa pun yang kita nak buat haruslah bersandarkan pada niat. Macam mana berpuasa itu boleh turunkan berat badan? Ha jom kita intai tips yang saya dapat dari satu artikel ni. In Sya Allah amalkan semua ni penyakit pun hilang sihat walafiat, badan pun bleh slim tau.

diet puasa

Tips pemakanan bersahur dan berbuka puasa
* Bersederhana ketika berbuka puasa, makan dalam hidangan yang kecil tetapi lebih kerap.
* Mulakan dengan kurma dan makanan ringan. Rehat sebentar untuk solat Maghrib, kemudian baharu menjamah hidangan utama sebelum solat tarawih.
* Berhenti makan tiga hingga empat jam sebelum tidur untuk memberikan sistem penghadaman cukup masa berehat.
* Kurangkan menerima pelawaan berbuka puasa di luar.
* Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, berempah dan mengandungi asid berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi saluran penghadaman.
* Minuman berkafein seperti kopi merupakan diuretik yang natural iaitu menggalakkan pengeluaran air kencing lalu menyebabkan penyahhidratan.
* Minuman manis turut menyebabkan seseorang kuat kencing dan dahaga.
* Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter bagi menambahkan kehilangan air seharian tanpa sedar seperti ketika bernafas, berpeluh dan ke tandas.
* Cara terbaik adalah melengkapkan keperluan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat dan lain-lain.



Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...